Cyst Ovari
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun,
kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah
dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst
sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts
adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah
untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga
boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.

Jenis-Jenis Cyst
Terdapat
beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak
memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in
boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang
cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan
gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah
cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan
mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap
didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya
akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan
komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan
menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang
mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada
ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia
boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada
permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi
dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh
membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh
menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas
telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak
cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk
mendapat cyst ini?